::cL!cK pLeaSe::

Monday, February 20, 2012

resepi cupcake simple+krim


hari tu ada seorang kawan saya yang nak sangat buat kek yang simple so,sekarang saya akan post tentang simple cup cake.nanti kalau dah buat tu,jangan lupa bagi kat saya sikit tau!hehe.(^_^)V

1)BAHAN2 UNTUK CUPCAKE:
  • 3/4 cawan mentega(bleh guna buttercup)
  • 100g gula castor
  • 50g corn syrup- resepi corn syrup
  • 180g tepung kek(kalau nak guna tepung gandum,kena tambah soda bikarbonat)
  • 3 biji telur-dipukul
  • sedikit susu(boleh guna susu dutch lady yang dalam kotak kecil2 tu)
  • perasa(ikut cita rasa sendiri sama ada rose/vanila)
  • pewarna(ikut cita rasa sendiri sama ada merah/kuning/hijau)
CARA2 NAK BUAT ADUNAN KEK:
  • masukkan saja semua bahan dalam mesin pembancuh kek dan pukul hingga sebati.
  • masukkan ke dalam cawan dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180'.
2) BAHAN2 UNTUK KRIM KEK:
  • 4 biji kuning telur
  • 30ml air
  • 170g gula kasar
  • 230g mentega/marjerin/lemak sayuran
  • sedikit manik2 untuk hiasan
CARA2 NAK BUAT KRIM:
  • cairkan gula di dalam air dan biarkan sehingga suhu sekitar 120'.
  • masukkan cairan gula tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi kuning telur yang telah dipukul.teruskan memukul kuning telur itu hingga mencapai suhu bilik.
  • campurkan mentega dan pukul hingga sebati.
  • masukkan ke dalam beg pipe dan hias mengikut cita rasa anda.


No comments:

Post a Comment

f f >